Total Pageviews

Tuesday 20 May 2014

KEJAYAAN KUMPULAN REHAB UNIT PEMULIHAN BERJAYA MERANGKUL JOHAN DI PERINGKAT IPTA

10 APRIL 2014 -  Berjaya lagi! Sekali lagi kumpulan ICC dari Unit Pemulihan HUSM merangkul johan keseluruhan untuk Konvensyen ICC peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diadakan di Kuching Sarawak.




Program Instrumental Activities of Daily Living

3 Mac 2014 -  Program IADL dari bahagian carakerja membantu pesakit kembali berdikari di rumah, dengan mengajar aktiviti dapur kepada pesakit strok dan kelecuran mendapat sambutan hangat pesakit.  Aktiviti didapati meningkatkan keyakinan kepada pesakit dan mengenalpasti kelemahan yang seterusnya diatasi dengan terapi carakerja dengan menggunakan adaptasi alat dan teknik kempensasi.


PAMERAN ICC DAN LAWATAN DARI PERBADANAN PRODUKTIVITI NEGARA KUALA LUMPUR

20 Mac 2014- QCR, REHAB CHARGER, INFINITY REHAB antara kumpulan ICC yang berpeluang mengadakan pameran di pejabat pengarah kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, sempena lawatan dan perbincangan antara Perbadanan Produktiviti Malaysia, dengan Pengurusan Tertinggi Kampus Kesihatan USM.