Total Pageviews

Showing posts with label En Kamarudin Salleh. Show all posts
Showing posts with label En Kamarudin Salleh. Show all posts

Thursday, 12 January 2012

MAJLIS SERAH TUGAS KETUA UNIT

12 JANUARI 2012 -  Unit Pemulihan telah menyaksikan majlis serah tugas yang ringkas tapi penuh makna, oleh En. Ahmad Zidan, yang akan memulakan cuti sebelum persaraannya bulan mac nanti.  Manual Prosedur Kerja dan Senarai Tugas Ketua unit telah disampaikan oleh beliau kepada En. Kamarudin Salleh, yang akan menanggung tugas beliau, selagi Ketua Unit yang baru belum dilantik secara rasmi.  Majlis yang penuh emosi ini ditamatkan dengan beliau punch card untuk kali terakhir selepas sesi bergambar dengan semua bahagian di unit Pemulihan. Satu majlis mengenang budi sempena tarikh rasmi persaraan beliau akan diadakan pada hari yang sama.

Unit Pemulihan yang amat besar kerana jasa, budi dan sumbangan En. Ahmad Zidan yang tidaak terkira banyaknya, dalam memajukan unit Pemulihan menjadi sebuah Unit yang tersohor bukan sahaja di peringkat Universiti, malah di peringkat kebangsaan dan Antarabangsa.

Kami mewakili Unit mengucapkan Syukur dan Terima kasih tidak terhingga dengan rumus tersebut:

e= terima kasih, x= infinity



Monday, 24 October 2011

UNIT PEMULIHAN MENERIMA KUNJUNGAN JURI ANUGERAH INOVASI KEMENTERIAN TINGGI

24 OKTOBER, - 2 Juri dari Kementerian Pengajian Tinggi, sempena Pencalonan QCR untuk Anugerah Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi 2011. Juri-juri yang adil lagi saksama itu adalah YBhg. Prof. Dr. Hapizah Md. Nawawi dan YBhg. Prof. Dr. Saifollah Abdullah dari Majlis Profesor Negara Putrajaya, datang untuk melawat inovasi Halvals-x yang telah di senaraipendek dalam 7 teratas untuk pencalonan dari 50 penyertaan yang dipertandingkan.  Difahamkan bahawa dari 50 telah ditapis kepada 35, dan disaringkan lagi kepada 13 buah pasukan dan mereka telah mempersembahkan inovasi mereka 2 minggu lalu dalam persembahan 10 minit di Presint 5 Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya.  

Para pemikir negara itu dilayan dengan mesra, disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Hospital, Unit Kualiti
HUSM, Kedua dua Pemikir Negara itu telah melawat lokasi pembuatan HALVALS-X, cara cara pembuatan, 
teknik aplikasi dan tahap perlaksanaan inovasi tersebut. Datang memberi sokongan padu adalah Pengarah 
Hospital USM Dato' Dr. Zaidun Kamari sendiri untuk turut bersama memberi komen dan semangat kepada
kumpulan QCR dan Unit Pemulihan, supaya terus berinovasi demi memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada masyarakat. Penyelaras Kualiti Dr. Mary Abraham, serta Prof Asma Ismail sendiri turut mengucapkan semoga berjaya
kepada kumpulan. 

 Pemudahcara QCR, En Kamarudin, Juruteknik-juruteknik perubatan, En Razak dan En Fahmi memberikan penerangan
yang menarik kepada dan mendapat respon yang memberangsangkan. Terdapat pelbagai isu yang diperbincangkan,
contohnya, Prof Hapizah dan Prof Saifollah menggalakkan lagi lebih kerjasama antara doktor dan penyelidik untuk
memantapkan lagi projek inovasi.
Semoga berjaya QCR!!!