Total Pageviews

Monday 24 October 2011

UNIT PEMULIHAN MENERIMA KUNJUNGAN JURI ANUGERAH INOVASI KEMENTERIAN TINGGI

24 OKTOBER, - 2 Juri dari Kementerian Pengajian Tinggi, sempena Pencalonan QCR untuk Anugerah Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi 2011. Juri-juri yang adil lagi saksama itu adalah YBhg. Prof. Dr. Hapizah Md. Nawawi dan YBhg. Prof. Dr. Saifollah Abdullah dari Majlis Profesor Negara Putrajaya, datang untuk melawat inovasi Halvals-x yang telah di senaraipendek dalam 7 teratas untuk pencalonan dari 50 penyertaan yang dipertandingkan.  Difahamkan bahawa dari 50 telah ditapis kepada 35, dan disaringkan lagi kepada 13 buah pasukan dan mereka telah mempersembahkan inovasi mereka 2 minggu lalu dalam persembahan 10 minit di Presint 5 Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya.  

Para pemikir negara itu dilayan dengan mesra, disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Hospital, Unit Kualiti
HUSM, Kedua dua Pemikir Negara itu telah melawat lokasi pembuatan HALVALS-X, cara cara pembuatan, 
teknik aplikasi dan tahap perlaksanaan inovasi tersebut. Datang memberi sokongan padu adalah Pengarah 
Hospital USM Dato' Dr. Zaidun Kamari sendiri untuk turut bersama memberi komen dan semangat kepada
kumpulan QCR dan Unit Pemulihan, supaya terus berinovasi demi memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada masyarakat. Penyelaras Kualiti Dr. Mary Abraham, serta Prof Asma Ismail sendiri turut mengucapkan semoga berjaya
kepada kumpulan. 

 Pemudahcara QCR, En Kamarudin, Juruteknik-juruteknik perubatan, En Razak dan En Fahmi memberikan penerangan
yang menarik kepada dan mendapat respon yang memberangsangkan. Terdapat pelbagai isu yang diperbincangkan,
contohnya, Prof Hapizah dan Prof Saifollah menggalakkan lagi lebih kerjasama antara doktor dan penyelidik untuk
memantapkan lagi projek inovasi.
Semoga berjaya QCR!!! 




















Friday 21 October 2011

kumpulan icc unit pemulihan -INFINITY REHAB mendapat top 10 sektor awam

20 oktober 2011, kumpulan icc unit pemulihan INFINITY REHAB mendapat top 10 DAN QCR MENDAPAT EMAS 3BINTANG dalam konviensyen ACIP 2011 baru baru ini. tahniah!!!
















2 kumpulan icc unit pemulihan menerima pencalonan anugerah inovasi kementerian pengajian tinggi

10 oktober 2011, - 2 kumpulan icc unit pemulihan menerima pencalonan anugerah inovasi kementerian pengajian tinggi, iaitu QCR dan Rehab Charger.  Dua kumpulan ini diminta untuk mempersembahkan hasil inovasi mereka di MAJLIS PROFESOR NEGARA di KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI dihadapan lapan panel hakim yang terdiri daripada pemikir utama negara.  menurut pengrusi majlis, sebanyak 50 kumpulan dari pelbagai agensi IPT tellah memohon, dan ditapis hingga 35 kumpulan, dan ini adalah peringkat semifinal dimana 13 kumpulan telah senarai pendek.








LAWATAN PEMULIHAN BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT KE PUSAT ASUHAN KANAK KANAK SEPASTIK PENGKALAN CHEPA

6 OKTOBER 2011 - Seramai 18 orang staf UNIT PEMULIHAN bahagian jaringan industri dan masyarakat (BJIM) Kanak-kanak telah mengadakan lawatan pemulihan ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak Sepastik (PUSAKAS) yang terletak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.