Blog dari Biro Penerbitan dan Multimedia Unit Pemulihan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara staf. Ia juga memaparkan perancangan dan aktiviti yang sedang dilaksanakan di unit pemulihan Hospital Universiti Sains Malaysia.
Total Pageviews
Wednesday, 18 January 2012
new unit pemulihan logo? PLEASE COMMENT!!
new page update: KENALI UNIT PEMULIHAN
KENALI UNIT PEMULIHAN page updated... please follow the link http://unitpemulihanhusm.blogspot.com/p/kenali-unit-pemulihan.html
Labels:
carta organisasi unit pemulihan,
gambar unit pemulihan husm,
HUSM,
kenali unit pemulihan,
staf unit pemulihan
Thursday, 12 January 2012
MAJLIS SERAH TUGAS KETUA UNIT
12 JANUARI 2012 - Unit Pemulihan telah menyaksikan majlis serah tugas yang ringkas tapi penuh makna, oleh En. Ahmad Zidan, yang akan memulakan cuti sebelum persaraannya bulan mac nanti. Manual Prosedur Kerja dan Senarai Tugas Ketua unit telah disampaikan oleh beliau kepada En. Kamarudin Salleh, yang akan menanggung tugas beliau, selagi Ketua Unit yang baru belum dilantik secara rasmi. Majlis yang penuh emosi ini ditamatkan dengan beliau punch card untuk kali terakhir selepas sesi bergambar dengan semua bahagian di unit Pemulihan. Satu majlis mengenang budi sempena tarikh rasmi persaraan beliau akan diadakan pada hari yang sama.
Unit Pemulihan yang amat besar kerana jasa, budi dan sumbangan En. Ahmad Zidan yang tidaak terkira banyaknya, dalam memajukan unit Pemulihan menjadi sebuah Unit yang tersohor bukan sahaja di peringkat Universiti, malah di peringkat kebangsaan dan Antarabangsa.
Kami mewakili Unit mengucapkan Syukur dan Terima kasih tidak terhingga dengan rumus tersebut:
e= terima kasih, x= infinity
Labels:
Ahmad zidan bersara,
En Kamarudin Salleh,
majlis serah tugas,
persaraan ketua unit pemulihan
3 KUMPULAN ICC UNIT PEMULIHAN MENERIMA INSENTIF!!
9 JANUARI 2012 - 3 Kumpulan ICC Unit Pemulihan, QCR, Rehab Charger dan Infinity Rehab menerima insentif sempena Konvensyen KIK Kampus Kesihatan dan Ucapan Perutusan Naib Canselor 2012 di Dewan Utama hari Isnin yang lalu.
Kumpulan-kumpulan ini menerima insentif atas kecemerlangan dalam Konvensyen Produktiviti dan Inovasi Kebangsaan (APIC) anjuran Perbadanan Produktiviti Kebangsaan (MPC) (Kumpulan Infiniti Rehab), mewakili Negara dan mendapat Excellent Award di International Convention for Quality Control Circles, diYokohama Jepun (Kumpulan Rehab Charger),dan kejayaan menduduki 7 teratas dalam Anugerah Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi 2011 (Kumpulan QCR).
Pertandingan Pameran Kualiti turut diadakan di dewan tersebut, dan kumpulan Infiniti Rehab dan Rehab Charger telah dijemput dan diberikan booth.

icc unit pemulihan,
INFINITY REHAB,
insentif usm,
kik,
kik peringkat kampus kesihatan 2012,
kumpulan icc,
kumpulan kik,
perutusan naib canselor,
rehab charger
GOTONG ROYONG UNIT PEMULIHAN
24 NOVEMBER 2011 - GOTONG ROYONG UNIT PEMULIHAN diadakan dengan kerjasama semua staf unit pemulihan, termasuk jurupuliha, attendan, dan par bertungkus lumus membersih dan mengemas Unit pemulihan bagi memastikan kebersihan unit berada di tahap optimum. Gotong royong diteruskan dengan acara jamuan tengah hari yang dianjurkan oleh Biro Keceriaan dan Kebajikan Staf.
Labels:
gotong royong unit,
unit pemulihan
Subscribe to:
Posts (Atom)