Sejarah Unit Pemulihan HUSM
Bermula tahun
1983:
- Hospital dibuka yang pada asalnya adalah untuk kegunaan KKM, tetapi diberi kepada USM kerana untuk membuka kampus kesihatan.
- En Mat dipinjamkan dari Hospital Kota Bharu untuk membuat persediaan pembukaan Unit Fisioterapi.
- Hanya terdapat bahagian fisioterapi sahaja pada permulaan. Tempat bahagian prostetik dan carakerja pada permulaannya adalah klinik-klinik iaitu klinik surgeri / ortopedik dan O&G / psikiatrik.
- Tahun pertama pembukaan, masih tiada pesakit yang dirawat di bahagian fisioterapi (unit pemulihan). En Mat telah membuat kertas kerja untuk menubuhkan unit pemulihan dengan gabungan dari 3 bahagian iaitu Fisioterapi, Carakerja Dan Prostetik & Ortotik. Hasil pengalaman dan pemerhatian di hospital KKM oleh En Mat telah menimbulkan idea untuk menubuhkan unit pemulihan.
- Sepanjang tahun 1983, tiada pesakit yang dirawat di bahagian fisioterapi berikutan hospital tidak merujuk pesakit ke bahagian fisio atas faktor kekurangan pesakit ke hospital dan kurang pendedahan / pengetahuan doktor fungsi pemulihan.
- Bagi mendapatkan pesakit untuk menjalankan perawatan pemulihan, En Mat mengambil inisiatif dengan mengikut doktor-doktor chart round di wad sambil memperkenalkan fungsi pemulihan kepada doktor-doktor.
- Selain itu En Mat juga mengikuti doktor melawat ke kampung dan rumah bagi mengembangkan pengetahuan masyarakat dengan fungsi pemulihan.
- Bahagian Carakerja pada asalnya adalah Klinik Obstetrik & Ginekologi / Klinik Psikiatrik mana kala Bahagian P&O pula adalah Klinik Surgeri / Klinik Ortopedik.
- Sebelum P&O ditubuhkan, penolong tukang alat (Juruteknik) telah ditempatkan di Unit Pembangunan (En. Fahmi & En Suhaimi). Bagi menubuhkan Bahagian P&O, En Mat telah mengusulkan fungsi sebenar penolong tukang alat dan tugas / peranan mereka di hospital.
- Setelah berjaya mendapatkan penolong tukang alat, En Mat menempatkan mereka di workshop (bahagian pantri dan lorong kardiak).
- Bilik kardiak pada masa ini adalah sebuah kolam hidroterapi. Kolam ini berfungsi dengan baik hinggalah tahun 1995 dimana kola mini mengalami masalah sistem saliran yang tergendala dan sistem pemanas yang rosak.
1984:
- Setelah 2 tahun (83 – 84) tidak mengambil cuti tahunan, akhirnya En Mat dibekalkan dengan pembantu perawatan pesakit iaitu seorang atendan dan seorang jururawat bagi membantu melancarkan proses perawatan pemulihan.
- Atendan dan jururawat ini dilatih serba sedikit kaedah perawatan pemulihan bagi membantu En Mat membuat perawatan ke atas pesakit.
- Bagi membuka Bahagian Carakerja, En Mat telah membuat kertas kerja untuk memohon Jurupulih Carakerja untuk berkhidmat di HUSM.
1985:
- Mr John White telah melapor diri dengan isteri beliau Ms Bonnie Wyckoff dan menandatangani kontrak 3 tahun dengan HUSM untuk berkhidmat di Bahagian Carakerja sebagai Jurupulih Carakerja pertama HUSM.
- Mr John White juga telah membawa peralatan untuk menjalankan perawatan pemulihan.
- Selain itu Mr John White juga membantu En Mat dalam membuat permohonan / penyediaan peralatan pemulihan di Bahagian Carakerja.
- Kebanyakan perawatan yang dijalankan lebih kepada kes-kes pediatrik dan strok.
1986
- 1987:
- En Kama melapor diri di HUSM dan mula bertugas di unit pemulihan sebagai Fisioterapis.
- En Kama juga membantu En Mat dalam melicinkan perawatan pemulihan di Bahagian Fisioterapi.
- En Mat telah mencadangkan kepada pihak pentadbiran hospital supaya melatih pelatih jurupulih ke KKM bagi mendapatkan jurupulih yang boleh berkhidmat di HUSM secara tetap.
- Pada tahun 1986, pelatih pertama dihantar oleh HUSM ke KKM untuk memulakan latihan sebagai Jurupulih Perubatan Carakerja (En Zul).
1988:
- Setelah 3 tahun berkhidmat di HUSM, Mr John White dan Mrs White (Ms Bonnie Wyckoff) telah menamatkan kontrak dan kembali ke Australia.
- Selama beberapa bulan bahagian carakerja sepi tanpa jurupulihnya.
1989:
- Pada 14 Mac 1989, Pn Mary Shanti Gupta (Jurupulih Carakerja) bersama suami beliau En Jaiprakash Gupta (Jurupulih Pertuturan) dari India melapor diri di HUSM.
- Pn Mary memulakan menyambung semula rawatan pemulihan carakerja yang sepi beberapa bulan sebelumnya.
- Pn Jane Susan Churme telah melapor diri di HUSM pada 5 November 1989 dan berkhidmat sebagai Fisioterapi.
- En Jaiprakash telah menjalankan perawatan pertuturan di Unit Pemulihan sementara Pn Mary pula menjalankan rawatan pemulihan carakerja.
- Pada 12 November 1989, Pn Jasbir Kaur dari Pulau Pinang pula melapor diri sebagai fisioterapi di HUSM.
1990:
- Pada 1 November 1990, En Zulkifli melapor diri di HUSM sebagai Jurupulih Carakerja setelah menamatkan pengajian di KKM.
- Bersama Pn Mary, En Zul telah mengembangkan bahagian carakerja.
1992
- 1993:
- Setelah bangunan baru siap, klinik-klinik telah berpindah ke bangunan baru dan tempat lama klinik telah menjadi rebutan kebanyakan jabatan dan unit di hospital.
- Akhirnya Unit Pemulihan berjaya mendapatkan tempat lama klinik dan menempatkan Bahagian Carakerja dan Prostetik & Ortotik.
1995:
- Penubuhan bilik mesyuarat yang dikenali sebagai Bilik Ilmu. Idea nama tersebut diketengahkan oleh En Mat.
- Bilik Ilmu adalah untuk kegunaan semua staf hospital, bukan hanya untuk staf Unit Pemulihan. Bilik Ilmu juga digunakan hingga ke kini.
1995
– 1999:
- Kolam hidroterapi mula mengalami masalah penapis air yang tersumbat. Kemudian ianya dibaiki dan dapat digunakan hingga tahun 1997 sekali lagi penapis air nya tersumbat.
- Setelah penapis air ditukar baru, sekali lagi penapis air kolam tersebut sumbat dah terus rosak pada tahun 1999. Kolam hidroterapi tersebut tidak digunakan kerana penapis yang rosak.
2006:
- En Mat sedar akan kepentingan spesifik dalam bidang tertentu. En Mat telah menghantar Pn Nazaniah Seman untuk menjalani penempatan klinikal dalam bidang kardiak di IJN, Kuala Lumpur.
- Pada masa yang sama bilik kardiak dibina menggantikan kolam hidroterapi.
- Setahun kemudian, bilik kardiak mula digunakan.
No comments:
Post a Comment