Total Pageviews

Sunday, 26 August 2012

INOVASI KUMPULAN QCR: ANKLE STABILIZING BRACE HINGE


PATELLAR TENDON BEARING (PTB) BRACE ADALAH SALAH SATU ALAT PEMULIHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGGANTIKAN TUGAS BAHAGIAN BETIS DAN BUKU LALI, IAITU MENANGGUNG BEBAN BERAT BADAN DENGAN MENGALIHKAN DAN MENGAKHIRKAN BEBAN BADAN KE BAHAGIAN LUTUT. PESAKIT MEMERLUKAN ALAT BANTUAN PEMULIHAN UNTUK MEMBOLEHKAN PESAKIT BERJALAN SECARA NORMAL TANPA MENGGUNAKAN TONGKAT DAN MEMBANTU DALAM PEMULIHAN SENDI BUKU LALI DAN KAKI.
BAHAGIAN PROSTETIK DAN ORTOTIK UNIT PEMULIHAN MEMBEKALKAN PTB BRACE UNTUK PESAKIT DENGAN MEMBUAT SENDIRI KOMPONEN LAIN BERDASARKAN SAIZ KAKI PESAKIT DAN MENEMPAH SENDI IMPORT.  KAMI TIDAK MENGGUNAKAN BRACE IMPORT KERANA SAIZ YANG TIDAK SESUAI UNTUK PESAKIT ASIA, TERLALU SPESIFIK KEPADA MASALAH SEPERTI KECEDERAAN DAN KEPATAHAN, SERTA IA TIDAK DAPAT MEMBETULKAN KECACATAN. KOMPONEN SHAFT DAN HINGE YANG DIIMPORT MENCAPAI SEHINGGA RM 1,200.00 SEPASANG, MENYEBABKAN KOS ALAT KESELURUHAN MENJADI SEBANYAK RM 1,800.00. TERDAPAT BANYAK KONDISI YANG MEMERLUKAN PTB BRACE SEPERTI DIABETIC NEUROPATHIC ANKLE, CHARCOT FOOT, SEVERE FRACTURE DAN BONE INFECTION.
PESAKIT MENGGUNAKAN ALAT UNTUK TEMPOH YANG BERBEZA BEZA, DARI 2 BULAN HINGGA 18 BULAN DAN ADA SEHINGGA SEUMUR HIDUP.  

CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH:
BUAT SENDIRI ALAT (ANKLE JOINT HINGE) DI BENGKEL
BAHAN HINGE DAN SHAFT MENGGUNAKAN THERMOPLASTIC
GANTI BAHAN GUNA THERMOPLASTIC UNTUK KOMPONEN SENDI DAN BRACE
MEMBUAT BORANG PEMANTAUAN FITING
MEMBUAT JOINT SENDIRI DI BENGKEL MENGGUNAKAN ALUMINIUM KETEBALAN (3.2 mm DAN 6.4mm)
MENGGUNAKAN POLIPROPELENE UNTUK BAHAGIAN PATELLAR TENDON BEARING BRACE DAN KASUT




No comments:

Post a Comment