Blog dari Biro Penerbitan dan Multimedia Unit Pemulihan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara staf. Ia juga memaparkan perancangan dan aktiviti yang sedang dilaksanakan di unit pemulihan Hospital Universiti Sains Malaysia.
Total Pageviews
Sunday, 15 July 2012
QCR EMAS DI KONVENSYEN ICC WILAYAH TIMUR
Labels:
emas konvensyen wilayah timur 2012,
qcr
BADMINTON TERTUTUP UNIT PEMULIHAN
Labels:
BADMINTON UNIT PEMULIHAN HUSM
Sunday, 17 June 2012
Sejarah kewujudan Unit Pemulihan HUSM
Sejarah Unit Pemulihan HUSM
Bermula tahun
1983:
- Hospital dibuka yang pada asalnya adalah untuk kegunaan KKM, tetapi diberi kepada USM kerana untuk membuka kampus kesihatan.
- En Mat dipinjamkan dari Hospital Kota Bharu untuk membuat persediaan pembukaan Unit Fisioterapi.
- Hanya terdapat bahagian fisioterapi sahaja pada permulaan. Tempat bahagian prostetik dan carakerja pada permulaannya adalah klinik-klinik iaitu klinik surgeri / ortopedik dan O&G / psikiatrik.
- Tahun pertama pembukaan, masih tiada pesakit yang dirawat di bahagian fisioterapi (unit pemulihan). En Mat telah membuat kertas kerja untuk menubuhkan unit pemulihan dengan gabungan dari 3 bahagian iaitu Fisioterapi, Carakerja Dan Prostetik & Ortotik. Hasil pengalaman dan pemerhatian di hospital KKM oleh En Mat telah menimbulkan idea untuk menubuhkan unit pemulihan.
- Sepanjang tahun 1983, tiada pesakit yang dirawat di bahagian fisioterapi berikutan hospital tidak merujuk pesakit ke bahagian fisio atas faktor kekurangan pesakit ke hospital dan kurang pendedahan / pengetahuan doktor fungsi pemulihan.
- Bagi mendapatkan pesakit untuk menjalankan perawatan pemulihan, En Mat mengambil inisiatif dengan mengikut doktor-doktor chart round di wad sambil memperkenalkan fungsi pemulihan kepada doktor-doktor.
- Selain itu En Mat juga mengikuti doktor melawat ke kampung dan rumah bagi mengembangkan pengetahuan masyarakat dengan fungsi pemulihan.
- Bahagian Carakerja pada asalnya adalah Klinik Obstetrik & Ginekologi / Klinik Psikiatrik mana kala Bahagian P&O pula adalah Klinik Surgeri / Klinik Ortopedik.
- Sebelum P&O ditubuhkan, penolong tukang alat (Juruteknik) telah ditempatkan di Unit Pembangunan (En. Fahmi & En Suhaimi). Bagi menubuhkan Bahagian P&O, En Mat telah mengusulkan fungsi sebenar penolong tukang alat dan tugas / peranan mereka di hospital.
- Setelah berjaya mendapatkan penolong tukang alat, En Mat menempatkan mereka di workshop (bahagian pantri dan lorong kardiak).
- Bilik kardiak pada masa ini adalah sebuah kolam hidroterapi. Kolam ini berfungsi dengan baik hinggalah tahun 1995 dimana kola mini mengalami masalah sistem saliran yang tergendala dan sistem pemanas yang rosak.
1984:
- Setelah 2 tahun (83 – 84) tidak mengambil cuti tahunan, akhirnya En Mat dibekalkan dengan pembantu perawatan pesakit iaitu seorang atendan dan seorang jururawat bagi membantu melancarkan proses perawatan pemulihan.
- Atendan dan jururawat ini dilatih serba sedikit kaedah perawatan pemulihan bagi membantu En Mat membuat perawatan ke atas pesakit.
- Bagi membuka Bahagian Carakerja, En Mat telah membuat kertas kerja untuk memohon Jurupulih Carakerja untuk berkhidmat di HUSM.
1985:
- Mr John White telah melapor diri dengan isteri beliau Ms Bonnie Wyckoff dan menandatangani kontrak 3 tahun dengan HUSM untuk berkhidmat di Bahagian Carakerja sebagai Jurupulih Carakerja pertama HUSM.
- Mr John White juga telah membawa peralatan untuk menjalankan perawatan pemulihan.
- Selain itu Mr John White juga membantu En Mat dalam membuat permohonan / penyediaan peralatan pemulihan di Bahagian Carakerja.
- Kebanyakan perawatan yang dijalankan lebih kepada kes-kes pediatrik dan strok.
1986
- 1987:
- En Kama melapor diri di HUSM dan mula bertugas di unit pemulihan sebagai Fisioterapis.
- En Kama juga membantu En Mat dalam melicinkan perawatan pemulihan di Bahagian Fisioterapi.
- En Mat telah mencadangkan kepada pihak pentadbiran hospital supaya melatih pelatih jurupulih ke KKM bagi mendapatkan jurupulih yang boleh berkhidmat di HUSM secara tetap.
- Pada tahun 1986, pelatih pertama dihantar oleh HUSM ke KKM untuk memulakan latihan sebagai Jurupulih Perubatan Carakerja (En Zul).
1988:
- Setelah 3 tahun berkhidmat di HUSM, Mr John White dan Mrs White (Ms Bonnie Wyckoff) telah menamatkan kontrak dan kembali ke Australia.
- Selama beberapa bulan bahagian carakerja sepi tanpa jurupulihnya.
1989:
- Pada 14 Mac 1989, Pn Mary Shanti Gupta (Jurupulih Carakerja) bersama suami beliau En Jaiprakash Gupta (Jurupulih Pertuturan) dari India melapor diri di HUSM.
- Pn Mary memulakan menyambung semula rawatan pemulihan carakerja yang sepi beberapa bulan sebelumnya.
- Pn Jane Susan Churme telah melapor diri di HUSM pada 5 November 1989 dan berkhidmat sebagai Fisioterapi.
- En Jaiprakash telah menjalankan perawatan pertuturan di Unit Pemulihan sementara Pn Mary pula menjalankan rawatan pemulihan carakerja.
- Pada 12 November 1989, Pn Jasbir Kaur dari Pulau Pinang pula melapor diri sebagai fisioterapi di HUSM.
1990:
- Pada 1 November 1990, En Zulkifli melapor diri di HUSM sebagai Jurupulih Carakerja setelah menamatkan pengajian di KKM.
- Bersama Pn Mary, En Zul telah mengembangkan bahagian carakerja.
1992
- 1993:
- Setelah bangunan baru siap, klinik-klinik telah berpindah ke bangunan baru dan tempat lama klinik telah menjadi rebutan kebanyakan jabatan dan unit di hospital.
- Akhirnya Unit Pemulihan berjaya mendapatkan tempat lama klinik dan menempatkan Bahagian Carakerja dan Prostetik & Ortotik.
1995:
- Penubuhan bilik mesyuarat yang dikenali sebagai Bilik Ilmu. Idea nama tersebut diketengahkan oleh En Mat.
- Bilik Ilmu adalah untuk kegunaan semua staf hospital, bukan hanya untuk staf Unit Pemulihan. Bilik Ilmu juga digunakan hingga ke kini.
1995
– 1999:
- Kolam hidroterapi mula mengalami masalah penapis air yang tersumbat. Kemudian ianya dibaiki dan dapat digunakan hingga tahun 1997 sekali lagi penapis air nya tersumbat.
- Setelah penapis air ditukar baru, sekali lagi penapis air kolam tersebut sumbat dah terus rosak pada tahun 1999. Kolam hidroterapi tersebut tidak digunakan kerana penapis yang rosak.
2006:
- En Mat sedar akan kepentingan spesifik dalam bidang tertentu. En Mat telah menghantar Pn Nazaniah Seman untuk menjalani penempatan klinikal dalam bidang kardiak di IJN, Kuala Lumpur.
- Pada masa yang sama bilik kardiak dibina menggantikan kolam hidroterapi.
- Setahun kemudian, bilik kardiak mula digunakan.
Wednesday, 30 May 2012
HALAMAN BARU: AMALAN 5S DI UNIT PEMULIHAN
QCR Dan Rehab Charger Berentap di Konvensyen ICC Peringkat Kampus Kesihatan
30 Mei 2012 - Kumpulan QCR dan Rehab charger adalah antara 19 kumpulan yang berentap di Dewan PUMA dan Dewan Murni.
debaran menunggu keputusan........
tunggu.................
aaaa.....
Tahniah,
walaupun tidak berjaya merangkul 2 tempat teratas, QCR dan Rehab Charger mendapat 3 bintang sebagai tanda melengkapi semua kriteria pemarkahan.
debaran menunggu keputusan........
tunggu.................
aaaa.....
Tahniah,
walaupun tidak berjaya merangkul 2 tempat teratas, QCR dan Rehab Charger mendapat 3 bintang sebagai tanda melengkapi semua kriteria pemarkahan.
QCR dan Rehab Charger Berentap di ICC Hospital Universiti Sains Malaysia
23 Mei 2012
- QCR DAN REHAB CHARGER adalah antara 13
kumpulan kategori teknikan dan 5 kumpulan pengurusan yang bertanding dalam
konvensyen icc peringkat HUSM anjuran UnitmKualiti dan Produktiviti HUSM. Acara yang julung julung kali diadakan ini
mendapat sambutan yang hangat dengan dewan yang sentiasa penuh, menyebabkan
terdapat penonton yang terpaksa berdiri.
Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengarah Kampus Prof.
Mafauzy telah disertai oleh kumpulan ICC dari pelbagai jabatan.
Johan Kategori
teknikal telah dimenangi oleh QCR dari Unit Pemullihan.
Tahniah
Diucapkan!!
Monday, 12 March 2012
Infinity Rehab HUSM Juara Konvensyen inovatif dan kreatif peringkat IPTA 2012
Gombak, 8 Mac 2012, Kumpulan ICC Infinity Rehab HUSM dinobatkan sebagai johan ketegori teknikal dan muncul juara keseluruhan bagi Konvensyen kumpulan inovatif dan kreatif peringkat IPTA kali ke 8 yang dilangsungkan selama tiga hari, bertempat di International Islamic University Malaysia. Infinity Rehab membawa pulang Piala pusingan dan wang tunai juaraan.
Konvensyen kali ini adalah siri yang ke-8 peringkat IPTA yang bermula sejak tahun 2004 lagi, siri ini disertai oleh 20 buah university seluruh Malaysia yang terdiri dari 37 buah kumpulan ICC yang bertanding.
Fasilitator KumpulanEn Kamarudin Salleh
Ketua Kumpulan
Mohd Zamani Mamat
Setiausaha
Nik Amalina Afaf Rafie
Ahli
Shamsul Nizam Ibrahim
Muhamad Muhtar Abdullah
Ahmad Faliq Rosli
Hj Ismail Mamat
Punitha a/p Govindasamy
Nur Idayu Zainal AbidinSiti Nurhayati Mohd Nor
Nama projek ICC
Smart Bind
Siri konvensyen KIK peringkat IPTA Kali 1 ; University Teknologi MARA(UITM) tahun 2004Kali 2 ; University Perguruan Sultan Idris (UPSI) tahun 2005Kali 3 ; University Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 2006Kali 4 ; University Teknologi Malaysia(UTM) tahun 2007Kali 5 ; University Malaysia Sabah (UMS) tahun 2009Kali 6 ; University Sains Malaysia (USM) tahun 2010Kali 7 ; Universiti Putra Malaysia (UPM) tahun 2011Kali 8 ; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tahun 2012
Konvensyen kali ini adalah siri yang ke-8 peringkat IPTA yang bermula sejak tahun 2004 lagi, siri ini disertai oleh 20 buah university seluruh Malaysia yang terdiri dari 37 buah kumpulan ICC yang bertanding.
Fasilitator KumpulanEn Kamarudin Salleh
Ketua Kumpulan
Mohd Zamani Mamat
Setiausaha
Nik Amalina Afaf Rafie
Ahli
Shamsul Nizam Ibrahim
Muhamad Muhtar Abdullah
Ahmad Faliq Rosli
Hj Ismail Mamat
Punitha a/p Govindasamy
Nur Idayu Zainal AbidinSiti Nurhayati Mohd Nor
Nama projek ICC
Smart Bind
Siri konvensyen KIK peringkat IPTA Kali 1 ; University Teknologi MARA(UITM) tahun 2004Kali 2 ; University Perguruan Sultan Idris (UPSI) tahun 2005Kali 3 ; University Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 2006Kali 4 ; University Teknologi Malaysia(UTM) tahun 2007Kali 5 ; University Malaysia Sabah (UMS) tahun 2009Kali 6 ; University Sains Malaysia (USM) tahun 2010Kali 7 ; Universiti Putra Malaysia (UPM) tahun 2011Kali 8 ; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tahun 2012
Labels:
ahmad zidan,
ICC,
ICC TEAM INFINITY REHAB attends introductury ICC course,
ICC TEAMS,
icc unit pemulihan,
konvensyen icc,
kumpulan icc
Subscribe to:
Posts (Atom)



















